Nurulbalqis 'Olive' Izzuddin ; 16 years old.

“Time is an illusion, lunchtime, doubly so."

bila hati dah buta =.=

, Tuesday @ 10:56 PM } 0 comment (s)



assalamualaikum semua .
dari hari Jumaat hari tu lagi aku rasa nak gelak kuat-kuat kat sorang mamat ni.
ye lah, kat sekolah orang sanjung kau, cikgu punyalah sayang kau macam kau sorang je budak yang paling baik dalam kelas tu. jap, ya tak ya kan, rupanya kau ni terer jugak berlakon. alahai, depan cikgu punyalah bersopan-santun, pijak semut pun tak mati, hampir tiap Jumaat kau baca Yasin kat depan kitorang, sampai ada budak form 1 dan akak form 4 jatuh hati kat kau, tiap Jumaat, kau pakai songkok, pakai sampin, pakai baju Melayu. orang terpedaya lah dengan lakonan kau yang mantop tu.

pasal kes kau baling kerusi kat kepala kawan aku tu, bila kawan aku suruh kau mintak maaf depan kelas, kau sempat berceramah bagai kat depan tu, sampai geng-geng aku sekali kau nak kaitkan. kau ingatkan pasal suara itu aurat. suara itu aurat??! kau pernah check betul-betul tak hukum suara itu aurat? oh, pasal hukum suara perempuan kau tahu, hukum pukul perempuan kau tak tau?! well, benda ni cerita lama. aku pun makin lupakan, tapi ada satu kejadian yang membuatkan aku rasa macam nak tergelak.

nauzubillah, bila aku dengar kau ada buah hati dari budak kelas belakang yang takde ciri-ciri wanita yang baik. aku rasa mulut dia laser, dah tu tudung singkat, kain sengaja ketatkan. apa punya tullll lah kau ni? aku bukan marah pasal tu, kalau kau suka aku tak kisah. tapi terkejut, beb! kau, yang selama ni orang panggil ustaz, tak pasal-pasal tertarik kat budak tu. wey, aku rasa macam nak tergelak. baguslah, kau pukul budak perempuan yang baik, kau kapel dengan budak perempuan yang macam tu. tahniah. :]

saya tak dapat tengok cerita Merlin hari ni .. sobsob TT_TT

0 commenter(s)