Nurulbalqis 'Olive' Izzuddin ; 16 years old.

“Time is an illusion, lunchtime, doubly so."

Netball + Sheikh Muszaphar

, Saturday @ 5:17 PM } 0 comment (s)



aih , sakit badan chot . pagi tadi cik bee pergi sekolah pukul 7 suku . huahua , orang lain sampai sekolah pukul 6 setengah , budak ni 7.35 baru terhegeh-hegeh pergi padang . tadi member cik bee buat jalanan satu Malaysia , orang lain dok lari , kita pulak boleh makan angin keliling apartmen . pastu nampak la ada beberapa orang cikgu yang jaga checkpoint dok sembang-sembang sambil makan . sorang member cakap , "cikgu ni bukan nak offer". hm , betul la tu . ni dari pagi tak makan cikgu tau .

dah habis berjalan tu , geng cik bee pergi main netball , cik bee tak masuk so cik bee pun meronggeng tepi jalan dengan yugita . sempat belanja dia air hundred plus lagi . dah habis meronggeng tu kitorang tengok la netball , alhamdulillah la , geng cik bee dapat nombor 2 untuk form two . pastu syahirah membebel kat tasha, are-10 dengan gee sebab main bola macam hapa . dah habis membebel tu , kitorang tengok cikgu lawan student pulak . including fie . huahua , best gila cikgu ni main tipu . even jurulatih bola jaring yang jadi ketua penipunya . kfine , cikgu menang sebab main tipu. pastu semua bergerak pergi tapak perhimpunan , ambik la hadiah sorang satu . including me sebab wakil syabrina yang balik awal . segan je , dah la tak main , pastu boleh naik atas pentas .

dah habis penyampaian hadiah tu , cik bee , fie , syahirah and gee pergi sekolah rendah . kebetulan pulak Sheikh Muszaphar tengah buat ceramah kat sekolah tu . pastu cikgu zam ajak kitorang tengok sheikh muszapahar dekat-dekat . huahua , dapat tengok belakang dia pun cukup la . tak lama pun , lepas cikgu tangkap gambar sheikh muszaphar dia terus balik . budak-budak perempuan sekolah rendah cakap dia hensem sambil tayang ibu jari . ayoyo , dia sudah kahwin la . kecik-kecik dah gatal budak-budak ni . pastu ada sorang budak ni tunjuk CD sheikh muszaphar . cik bee dan fie pun cuba tiru tanda tangan sheikh muszaphar ni . huhu ^^ jadi la pulak . maaf ye , sheikh .

0 commenter(s)