Nurulbalqis 'Olive' Izzuddin ; 16 years old.

“Time is an illusion, lunchtime, doubly so."

ayoyo, mata dia ...

, Thursday @ 4:20 PM } 0 comment (s)



dalam dua tiga hari tak update ni macam - macam benda jadi . especially kat sekolah la kan , kan . semalam cik bee dok depan kelas form 3 sebab tunggu member jumpa kakak dia , then ada pengawas india marah-marah kat kelas sebelah . then nampak dia bawak keluar kawan dia dari kelas . then my heart stopped , ( ececeh , melampau ) you know what ? mata kanan dia berdarah ! cik bee dah rasa takut sangat time tu , yang pengawas ni pulak marah kat budak kelas dia . idk la kenapa , maybe sebab jatuh ke , kawan dia main tolak - tolak , atau kena tumbuk . dah tengok mata dia yang berdarah tu , cik bee terus ajak member blah . yang member ni pulak sibuk nak tau .

petang tu pulak , kak atikah , pegawai waren KRS dengan sarjan suruh kitorang buat latihan kecergasan . adoyai , bukannya suruh buat push - up ke , sit - up ke , pumping ke , dia suruh angkat partner masing-masing . dah la pakai baju kurung time tu . nasib baik partner tu kecik sikit . hee ^^ memang gelak macam hapa je la time tu . pastu dah habis buat latihan kecergasan , kak atikah suruh kitorang berkawad . pakai baju kurung . kfine , dahla jadi penanda masa time jalan . masa nak pusing kiri kaki hampir tersadung lubang kat court tu . dah habis berkawad , kitorang pegi main netball . pakai baju kurung . nasib baik kak jannah n diana pakai baju kurung jugak time tu , so takde la kena marah dgn cikgu . sebab pakai baju kurung , cik bee ngn kak jannah kena jadi GK . ayoyo , dah la pendek . kak jannah tu pulak tinggi . kak tikah yang jadi GS pulak memang laju gila , sobsob . akhirnya kitorang dapat la 11 - 5 .

hari ni pulak , datang sekolah agak lewat macam biasa . luckily ada Ezzy Chan kat situ . jalan - jalan pergi kelas . pastu teacher masuk . belajar chapter baru , Chapter 8 : Coordinates . best la pulak chapter ni . then masuk teacher BI , cikgu Sejarah , lastly cikgu BM , kitorang belajar komsas , minggu depan kitorang kena berlakon untuk cerpen ' Capa Rengat ' . i'm the main character . fine la , sebab dah pernah berlakon sebelum ni . ok la , membebel bagai hapa je cik bee ni , nak buat exercise math ni . tata :)

0 commenter(s)