Nurulbalqis 'Olive' Izzuddin ; 16 years old.

“Time is an illusion, lunchtime, doubly so."

takde entri lain ke ?

, Sunday @ 5:12 PM } 1 comment (s)



"kau takde entri lain ke? macam la cantik sangat doodle kau tu."
 ngehngeh , ada jugak teguran membina daripada fesbuk ., yeah , sometimes saya bosan jugak orang puji doodle saya , tak boleh ke kalau mata saya ni detect perkataan , "buruknya doodle kau" . ada kakak cantik brr ..* mesej saya kat fesbuk , alhamdulillah la ., sekurang-kurangnya dia nak baca blog saya yang entri macam budak tadika baru belajar menulis ni ., let me explain why , yeah kak ?

kehidupan ketika cuti sekolah dan ketika waktu sekolah sangat berlainan untuk saya ., di sekolah macam-macam benda boleh jadi , etc. saya ditengking kanak-kanak singkat kerana duduk di tempat duduk mereka ketika waktu rehat ataupun saya dimarahi oleh Sir Lee kerana tidak bawa drawing block . di rumah pula saya asyik tengok cerita CSI , menconteng di atas kertas , online , dan makanmakanmakan sampai perut saya bertambah buncit . ketika waktu sekolah , amat susahlah bagi seorang pelajar seperti saya untuk online , kerana boleh mengundang rasa marah kepada ibu yang 24 jam menyuruh kita belajar . kerana itu saya tiada story yang menarik untuk dikongsikan pada waktu cuti ni ,

cuba fikir , takkan lah saya nak cerita saya tengok CSI Season 11 ? takkan saya nak cerita Ray Langston diugut oleh Nate Haskell si pembunuh bersiri ? takkan pula saya nak menyambung episodnya dari hari ke hari tentang remaja yang membunuh diri kerana mengandung ataupun wanita yang merasakan dirinya seekor kucing direnjat senjata elektrik ? *TENGOK saya dah bercerita* atau mungkin juga saya ingin bercerita tentang rancangan Oh My School di KBS2TV, ketika Kim Taehyun mengoyakkan kertas kerana terlalu teruja dengan Suzy Miss A ., sebab itulah saya memulakan entri saya dengan doodle saya yang tidak cantik itu .

tak mungkin juga saya nak bercerita tentang Gambit Ketumbit bak kata Kak Amar Amirah . saya baru berusia 14 tahun dan saya tak tahu menahu langsung tentang video klip arahannya yang dikatakan 'blue' itu . cuti ini tiada apa yang menarik kerana saya hanya terperap di dalam rumah seperti jeruk mangga di dalam balang . insya Allah dalam minggu depan saya akan balik Muar dan mungkin ada story yang lebih menarik di sana . :)

p/s: entri ini tiada doodle

1 commenter(s)