Nurulbalqis 'Olive' Izzuddin ; 16 years old.

“Time is an illusion, lunchtime, doubly so."

wajarkah guna ayat sebegini ?

, Monday @ 5:16 PM } 0 comment (s)


assalamualaikum w.b.t

apa khabar semua? oh yeah, lama sungguh saya tidak buat entri tentang perkara-perkara sebegini. dan maaf jika gambar perempuan di atas agak seksi sehingga membuatkan anda berasa tidak senang duduk. entri ini saya tujukan buat kamu-kamu semua, terutama sekali rakan-rakan yang sentiasa ber'online' fb.

jadi ceritanya sebegini, saya juga salah seorang dari kamu, saya juga online fb juga, tetapi tidaklah begitu aktif, dan saya malas juga hendak mencari rakan baru melalui fb, kerana bagi saya buang masa, dan saya lebih suka mencari rakan dari kalangan blogger, lagi best dan ayat mereka juga menunjukkan mereka ini dari golongan berintelek. Ini bukti-bukti bahawa segelintir pengguna fb yang terdiri daripada golongan remaja menggunakan perkataan yang tidak menunjukkan mereka ini bijak;

cute4
kita lihat facebook commenter punya ayat di atas. tidakkah anda semua rasa ayat begini sungguh memalukan kita sebagai rakyat Malaysia? dan yang lebih memalukan mereka-mereka yang tulis begitu ialah orang Melayu, dikk ! Orang Melayu ! martabatkan lah bahasa kita. Kalau bukan kita yang nak martabatkan, siapa lagi? bukan perempuan sahaja yang tulis begitu, lelaki pun two times five juga. tak rasa ke ayat-ayat begini membuatkan orang menyampah? lepas tu, bila saya tulis something kat mana-mana post di fb, mula la ada ayat-ayat mengatakan diri ini skema. alhamdulillah lah, saya lebih rela menjadi skema daripada menjadi seperti kamu semua, atau ayat yang lebih sensitif, seperti orang tak pergi sekolah.

cuba bayangkan, kalau golongan dewasa yg membaca komen itu, tak timbulkah salah faham? sebagai contoh, gambar kedua, komen yang kedua berbunyi; "tayunkk kamoo", tidakkah "tayunk" itu sama bunyinya dengan "tayang"? jadi otak mereka mula membuat hipotesis bahawa orang yang komen itu ingin menayang kawannya. *sounds a bit funny lol*. jadi, kalau yang membaca ini ialah orang yang terdiri daripada mereka daripada golongan di atas, jangan marahkan saya. sila muhasabah diri anda dan fikirkan sebaik-baiknya. Insya Allah, kalau anda tidak berterusan begitu, tiada siapa yang menyampah dengan anda.

assalamualaikum w.b.t

Labels:


0 commenter(s)