Nurulbalqis 'Olive' Izzuddin ; 16 years old.

“Time is an illusion, lunchtime, doubly so."

*Panas !* Siapa yang cipta FENOMENA ini ?

, Sunday @ 10:41 AM } 0 comment (s)




assalamualaikum w.b.t

cred: paper-mint.tumblr.com
waa ... macam terlalu panas je tajuk , so kebelakangan ni aku buat entri kemetot je kan , takpe , hari ni aku buat entri panjang lebar , memandangkan esok sampai jumaat aku tak boleh nak posting-posting lagi dah ..,


FENOMENA 1:
jadi, begini. aku ni budak sekolah, baru masuk form 2, yess... saya masih kanak-kanak ribena . kat mana-mana sekolah menengah pun mesti ada fenomena dahsyat ni kann ? ya , fenomena TUDUNG SINGKAT , KAIN SINGKAT , BAJU KETAT , STOKIN PENDEK+COLORFUL , SELUAR CHIKANG (betul ke aku eja?) yang melanda budak-budak sekolah . dan yang paling aku pelik, fenomena ni terjadi kepada budak-budak LOWER FORM, which means budak-budak form 1, 2 dan 3. masa zaman mak aku sekolah awal tahun 90-an dulu takde pun fenomena ni , tidak ada. dan, aku cakap secara jujur, fenomena ni terjadi kepada pelajar kelas belakang .

aku ingat lagi, masa hari guru baru-baru ni, aku ni pengawas, so cikgu mintak tolong jaga belon. *pfft... jaga belon?* pehal nak kena jaga belon? oh, itu yang aku nak cerita. budak-budak yang begini, termasuk lelaki, boleh pulak main belon tu masa acara. pergi letup-letupkan pulak tu, itu yang aku nak kata , *tak pernah jumpa belon* . dan orang-orang yang letupkan tu ialah antara mereka yang aku sebut tadi . yang segala-galanya singkat . lepas tu , kawan aku , juga seorang pengawas . bila dia menegur , dia menyindir dengan ayat pedas . dia cakap lepas , and then ada sorang budak form 2 sekolah petang yang everything singkat, dia pergi dok mengacau-ngacau belon , lepas tu aku tegur dia , and then kawan aku ni cakap ,
"kau ni orang miskin ke? pakai tudung kena kongsi dengan adik, stokin pun warna-warni, nampak sangat tak cukup duit nak beli stokin putih . kesian kau , miskin sangat kan..,"
mungkin untuk aku, ayat dia melampau , tapi sekurang-kurangnya sindiran dia tu ada maksud . lepas tu , budak tu boleh buat muka blur dan menyampah . hey , orang tegur kau tu patutnya kau berterima kasih . orang tu cuba nak betulkan kau , kau tak nak hargai pulak , kau fikir kau memang cukup bagus ?

sebelum tu, benda ni mungkin agak lama . aku kena jaga tangga waktu rehat , *which means aku tak boleh bagi orang naik* . lepas tu ada segerombolan minah singkat datang , aku terus cakap .,
akak, akak belum boleh naik lagi.
see? aku cakap macam tu je. lepas tu yang sorang ni cakap "ala, takpe la . sekali-sekala ." oh ya, sekali-sekala? lepas tu esok kau naik lagi, kau ulang ayat yang sama sambil buat muka nyampah kau kat aku . aku cakap elok-elok , aku nak kau patuhi disiplin , terima kasih sebab balas dengan muka menyampah . aku appreciate sangat muka kau tu .

korang korang yang singkat tu , yang tengah baca entri ni , aku harap jangan bash aku . aku tau aku tak ada hak , aku ni cuma budak form 2 yang tak femes . siapa lah aku kan nak tegur korang , tapi anggaplah ini luahan isi hati aku . sebab yang suka buat kecoh ni , geng-geng singkat , yang suka tergedik-gedik ni, geng singkat , itu yang buat aku memang cukup tak suka dengan singkat-singkat ni .

UPDATE:






FENOMENA 2:
cuba korang tanya ibu atau bapa korang, pernah dengar perkataan BAJET tak masa zaman sekolah dulu ? bukan bajet yang save money tu , bukan . BAJET ni bermaksud berlagak . contoh ayat dia .,

"bajet la kau ni.," "bajet hensem kott" "bapak bajet"

siapa yang cipta fenomena ni? itu yang buat aku tertanya-tanya . siapa yang ubah maksud BAJET ini ? siapa ? siapa ?
ini la contoh BAJET yang belum "diubahsuai" .

nauzubillah min zalik. Fenomena pertama yang korang banggakan sangat tu ialah antara tanda kecil kiamat;
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
apa-apa pun, maafkan aku sebab menegur dengan cara macam ni , tapi korang tak tau , aku pernah kena maki dengan korang , aku pernah kena pukul *sikit je la* dengan korang , padahal salah aku sikit je . kawan-kawan aku yang tak singkat ni tak pulak nak maki-maki aku , takde diorang nak panggil aku dengan panggilan khinzir . tidak pernah . aku bukan berdendam , tak sama sekali . tapi aku tak tahu kenapa aku tak suka golongan singkat ni . maafkan aku.

0 commenter(s)