Nurulbalqis 'Olive' Izzuddin ; 16 years old.

“Time is an illusion, lunchtime, doubly so."

#Doodle - Best ke men'DOODLE'?

, Wednesday @ 10:41 PM } 0 comment (s)


assalamualaikum w.b.t


yeah ! subjek agama so so so best ! alhamdulillah , banyak yang aku dapat jawab dengan lancar, terang dan jelas seperti hukum tajwid IZHAR HALQI . oh yaa , someone tanya aku kat formspring tapi tanpa disengajakan aku terbuang question tu , bagus sangat la kann? yang tanya tu ialah seorang anonymous, so i can't say dia lelaki atau vice versa.
best ke lukis doodle? saya tengok sesetengah org yang lukis doodle ni macam kadang2 dia tertekan sikit.
 best ke lukis doodle? of course best! sangat best! tipu la kalau aku cakap orang yang lukis doodle ni kadang-kadang tak tertekan . tapi kebanyakannya untuk tempahan atau request, so dia akan tertekan sedikit. berbeza kalau dia nak lukis sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak , sebab kalau dia lukis sendiri, tangan dia akan terasa bebas .
contohnya macam ni , yang ni aku lukis sendiri, dan aku berbicara melalui doodle yang aku lukis. jadi masa tu apa yang terpendam dalam isi hati aku dapat diluahkan melalui doodle yang ada mesej ni. apa yang doodle tu cuba nak sampaikan ialah, "saya ada banyak cita-cita, tapi saya tak dapat senaraikan walaupun satu" , best tak ayat dia? *wahwah, masuk bakul angkat sendiri* , walaupun doodle aku tak sehebat doodler yang lain, sekurang-kurangnya aku puas sebab dapat menghasilkan satu seni yang cuba menyampaikan mesej.

ahahh... aku suka ini doodle , ya, aku memang BLUR , tapi sebab sifat aku yang blur ni membuatkan ramai orang tak dapat tahu perasaan aku yang sebenarnya. mungkin kadang-kadang aku senyum, tapi sebenarnya dalam hati aku sangat sedih . (pernah ke aku sedih?) , atau masa tu aku tengah menangis , tapi sebenarnya kat dalam perasaan aku sedang bercampur amarah dan dendam kesumat yang tinggi , *wow* . ya, betul aku cuma seorang newbie , tapi aku dah start melukis sejak aku tadika . tapi masa tu lukisan aku cincai je la , lukis monyet jadi ayam , lukis gajah jadi lembu . nak buat macam mana , aku kanak-kanak ribena lagi masa tu .

yang ni takde kena-mengena dengan aku , sebab aku tak pernah pakai shawl . aku pakai tudung bawal je sampai muka aku pun dah jadi macam ikan bawal tiga rasa . tapi aku berangan jugak nak pakai shawl , so aku mewakili someone untuk meluahkan bukan dari isi perut aku , tapi dari orang tu yang aku dapat observe . *lol , betul ke* hmm ... bila la aku nak reti pakai shawl ...

jadi kepada orang yang bertanya soalan yang best tu, aku ucapkan terima kasih sebab dah bagi aku point untuk start entri ni ,

Sticker:
Saya melukis bukan sebab bisnes, tapi sebab hobi. Sebab tu saya tak ambil tempahan, saya cuma lukiskan sekiranya ada orang request . Terima kasih :)

Labels:


0 commenter(s)