Nurulbalqis 'Olive' Izzuddin ; 16 years old.

“Time is an illusion, lunchtime, doubly so."

Mualaf?

, Friday @ 5:14 PM } 0 comment (s)



...بارك الله لكم، مهما فعلت، والتفكير في الله ورسوله، محمد رسول الله، واخترت أن تكون أمة محمد

Assalamualaikum semua ! Cik Bee memang gila hepi hari ni, belajar kat sekolah satu subjek saja., huhu^^., tu pun subjek fevret Cik Bee.,
before that, there is one exciting thing happened at my school. Yes, a Muslim convert who is now a "penceramah" invited to my school to provide a relaxed program.,
Encik Brother Joe ni, sebelum menemui Islam namanya ialah John., chehh., macam John Cena WWF pulak., dia ni bukan Cina ! Bukan India Muslim ! NO, NO, NO, Mr. Brother Joe ni dari Tawau, Sabah., berdarah kacukan Cina-(...).,

Bercerita tentang Mualaf, kadang2 Cik Bee terfikir, Masya-Allah..., kita yang memang dilahirkan sebagai Muslim ni pun iman tak berapa kuat., malah kadang2 langsung takde usaha untuk mempertahankan agama kita yang suci ni ! Mualaf pula, Cik Bee tengok diorang kaji sendiri., menerusi Al-Quran., hari-hari mereka pegang Al-Quran semata-mata untuk mencari kebenaran., tapi kita kawan-kawan?

Dan bercerita tentang mualaf lagi, sempat Cik Bee berblogwalking, terjumpa satu artikel bertajuk "Siapa Mualaf Sebenarnya?"., tertulis di situ, seorang saudara yang asalnya bukan Islam tetapi memeluk Islam kemudiannya, agak tidak puas hati kerana masyarakat masih menggelarnya mualaf walaupun dia sudah lama memeluk Islam., dia sudah berpenat-lelah mengerjakan haji dan melakukan amal kebaikan., jadi di sini, Mualaf ialah gelaran yang diberikan kepada saudara baru yang memeluk Islam dalam tempoh 3 tahun sahaja.

Berbalik kepada cerita Mr. Brother Joe tadi, Cik Bee agak kagum. Seorang yang tidak dilahirkan sebagai Islam kemudian memeluknya kini menjadi penceramah agama dan mengamalkan Islam sebaik mungkin lebih baik dari kita yang memang dilahirkan Islam tetapi tidak mahu mendalami agama kita dengan baik. Wajarkah kita memanggil mereka mualaf jika akhlak dan pekerti mereka, Masya Allah ! Lebih baik dari kita?

Atau diri kita sebenarnya yang mualaf?

SUMBER: fikir2renung2.blogspot.com


0 commenter(s)